Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M02 dilancar: Cip MediaTek, bateri 5000mAh berharga ~RM388

Samsung kini telah melancarkan sebuah lagi peranti kelas permulaan dengan harga mesra poket. Samsung Galaxy M02 hanya hadir di pasaran India setakat ini.

Samsung Galaxy M02 hadir dengan janaan cipset MediaTek MT6739W, RAM sehingga 3GB dan storan 32GB yang boleh ditambah melalui slot microSD sehingga 1TB. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Peranti ini boleh didapati pada harga 6,999 Rupee (~RM388) di pasaran India dalam pilihan warna Hitam, Kelabu, Biru dan Merah. Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaan peranti ini di pasaran Malaysia.

Adakah anda berminat dengan Samsung Galaxy M02? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version