Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M02 hadir di Malaysia 27 Mac ini: Bateri 5000mAh berharga RM299 di Lazada

Dengan kolaborasi Lazada sempena hari ulang tahunnya, Samsung Malaysia bakal melancarkan peranti kelas permulaan Samsung Galaxy M02 pada 27 Mac 2021. Lebih menarik, ia bakal ditawarkan di Lazada pada harga RM299 berbanding harga asal RM399.

Terdahulu, Samsung Galaxy M02 telah dilancar buat pertama kali di pasaran India. Peranti ini hadir dengan skrin Infinity-V berukuran 6.5 inci, dua kamera utama 13MP + 2MP dan bateri sebesar 5000mAh. Anda boleh menyemak spesifikasinya seperti di bawah.

Samsung Galaxy M02 akan sedia dijual di Samsung e-Store dan Lazada dalam dua pilihan warna Biru dan Hitam pada harga RM399. Namun, anda boleh mendapatkannya di Lazada pada 27 Mac ini dengan harga RM299* melalui potongan harga 25% sempena jualan hari ulang tahun Lazada (selagi stok masih ada).

Adakah anda berminat? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version