Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M02s diumum: Bateri 5,000mAh, cipset Snapdragon berharga ~RM549

Samsung telah mengumumkan telefon kelas permulaan pertama untuk tahun ini iaitu Samsung Galaxy M02s, di mana ciri utamanya adalah bateri yang berkapasiti 5,000mAh dan skrin besar. Ia mungkin akan dijual pada harga mampu milik sebanyak INR10,000 (~RM549).

Galaxy M02s dilengkapi skrin Infinity-V HD+ berukuran 6.5 inci dan RAM 4GB, manakala cipsetnya pula adalah cipset Qualcomm Snapdragon yang masih belum diketahui modelnya. Walaupun ia sudah diumum, Samsung hanya akan membentangkan spesifikasi penuh Galaxy M02s pada 7 Januari sewaktu pelancaran rasminya di India.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung India, Sammobile

Exit mobile version