Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M12 dilancar: Bateri 6000mAh, 4 kamera 48MP

Terkini, Samsung dilapor telah melancarkan Samsung Galaxy M12 secara diam-diam di pasaran Vietnam. Walau bagaimanapun, Samsung Galaxy M12 tidak ditemui di e-Store Samsung Vietnam memandangkan ia dilapor hanya boleh dibeli di kedai fizikal Samsung setakat ini.

Samsung Galaxy M12 memiliki kapasiti bateri besar 6000mAh dan empat kamera belakang dengan lensa utama 48MP. Ia dijana cip teras-okta 2.0GHz (tidak diketahui nama cip, tetapi didakwa sebagai Exynos 850) bersama beberapa pilihan RAM dan storan. Anda boleh melihat spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Samsung Galaxy M12 tersedia dalam pilihan warna Black, Blue dan Jade. Namun, masih tiada paparan harga dari mana-mana sumber untuk peranti ini. Setakat ini, kami juga tidak pasti jika ia bakal hadir di pasaran Malaysia.

Kami akan kembali mengemaskini jika menemui maklumat harganya. Untuk itu, kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version