Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M12 dilancar di Malaysia: Skrin 6.5 inci, 4 kamera 48MP, bateri 5,000mAh bermula RM599

Samsung Malaysia bakal melancarkan telefon pintar kelas permulaan Samsung Galaxy M12 pada 5 Mei (esok), sempena kempen Raya 5.5 di Shopee. Telefon tersebut akan dijual pada harga istimewa RM599 sahaja iaitu 25% lebih rendah berbanding harga biasa para RM799.

Telefon ini dilengkapi bateri yang sangat besar iaitu 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W. Selain itu, ia turut dilengkapi skrin Infinity-V berukuran 6.5 inci dan empat kamera utama yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 5MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy M12:

Harga istimewa RM599 hanya akan ditawarkan pada 5 Mei dan stok adalah terhad. Layari laman rasmi Samsung Malaysia di Shopee untuk maklumat lanjut tentang telefon ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version