Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M13 5G dilancar: Dimensity 700, skrin 6.5″ dan kamera 50MP bermula ~RM778

Samsung hari ini telah melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy M13 5G yang dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 700 dan sistem One UI berasaskan Android 12. Secara khusus, Samsung Galaxy M13 5G menampilkan paparan LCD Infinity-V HD+ 6.5 inci dengan resolusi 1600×720 piksel dan kadar penyegaran paparan 90Hz.

Selain itu, skrin titisan air (waterdrop) mengandungi kamera swafoto 5MP. Bahagian belakang mempunyai kamera utama 50MP dan kamera kedalaman 2MP. Cipset Dimensity 700 menggunakan proses 7nm dan mengandungi 8 teras sehingga 2.2 GHz (2 2.2GHz Cortex-A76 + 6 2GHz Cortex-A55 CPU), Arm Mali-G57 MC2 GPU dan modem 5G.

Samsung Galaxy M13 5G mempunyai dua varian iaitu 4GB+64GB dan 6GB+128GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui kad SD mikro. Selain itu, ia mempunyai sokongan Wi-Fi 802.11ac dan Bluetooth 5.1, pengimbas cap jari pada bahagian sisi, port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Selain itu, telefon ini mempunyai bateri 5,000 mAh terbina dalam yang menyokong pengecasan 15W.

Harga telefon pintar Samsung Galaxy M13 5G bermula pada $175 (~RM778). ongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: ITHome

Exit mobile version