Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M14 5G akan dilancar di Malaysia pada 24 Mei ini

Samsung akan mengumumkan ketibaan Galaxy M14 5G yang akan dilancarkan dalam Hari Jenama Super Lazada 2023 pada 24 Mei ini. Peranti kelas permulaan itu telah dikesan dalam pangkalan data SIRIM sebelum ini mendedahkan spesifikasinya.

Galaxy M14 memaparkan paparan LCD PLS 6.6 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz, takuk titisan air mata, resolusi 2408×1080 dan perlindungan Corning Gorilla Glass 5. Ia mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi manakala untuk bahagian sambungan, ia menawarkan sokongan 5G, NFC, USB-C, Bluetooth 5.2, Wi-Fi dwi-jalur dan bicu fon kepala 3.5mm.

Telefon ini menggunakan cipset Exynos 1330 dengan RAM 6GB dan storan 128GB yang boleh dikembangkan menggunakan kad mikroSD. Ia menggunakan sistem operasi One UI 5.1 berdasarkan Android 13 dengan Voice Focus di mana ciri ini mengasingkan suara anda semasa panggilan telefon. Anda akan medapat dua generasi kemas kini OS dan empat tahun kemas kini keselamatan.

Bahagian belakang Galaxy M14 menampilkan tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, lensa makro 2MP dan kedalaman 2MP. Di hadapannya pula terdapat kamera swafoto 13MP. Baterinya berkapasiti 6,000mAh yang menyokong pengecasan 25W. Ia dikatakan boleh bertahan sehingga 25 jam untuk main balik video dan sehingga 58 jam panggilan suara. 

Galaxy M14 5G boleh didapati di Lazada bermula pada 24 Mei berharga RM1,099 dalam warna biru dan biru tua. Anda akan mendapat harga diskaun RM849 sekiranya pembelian dilakukan ketika hari pelancaran.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version