Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M21 2021 Edition dilancar: Bateri 6,000mAh, 3 kamera, AMOLED 6.4″ berharga ~RM710

Samsung hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan Samsung Galaxy M21 2021 Edition di India, iaitu edisi baru untuk Galaxy M21 yang telah dilancar pada bulan Mac 2020.

Secara kasar, Galaxy M21 2021 Edition tidak menawarkan penambahbaikan yang ketara berbanding Galaxy M21 asal. Beza telefon baru ini dengan edisi tahun lepas adalah rekaan belakang yang baharu serta sensor kamera baharu iaitu Samsung GM2 48MP.

Perisian telefon ini adalah One UI 3.1 Core berasaskan Android 11 iaitu versi yang lebih rendah berbanding One UI 3.1. Spesifikasi lain adalah sama, terdiri daripada cipset Exynos 9611, skrin Super AMOLED Full HD+ berukuran 6.4 inci, bateri 6,000mAh, pengecasan 15W dan pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Untuk fotografi pula, ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 5MP, manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 20MP. Ia ditawarkan dalam warna hitam Charcoal Black dan biru Arctic Blue.

Galaxy M21 2021 Edition ditawarkan dalam dua varian memori, iaitu 4GB+64GB pada harga INR12,499 (~RM710) dan 6GB+128GB INR14,499 (~RM825). Ia akan dijual di India bermula 26 Julai, namun setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version