Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M21s dilancar: Exynos 9611, Super AMOLED 6.5 inci, kamera 64MP berharga ~RM1,177

Samsung telah melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy M21s di Brazil, iaitu varian yang lebih canggih daripada Galaxy M21 yang dilancar pada bulan Mac. Beza utama Galaxy M21s dengan variannya yang lebih rendah adalah pada kameranya, di mana M21s dilengkapi kamera yang lebih jelas.

Galaxy M21s menampilkan kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 5MP. Ini adalah berbeza dengan kamera utama Galaxy M21 yang mempunyai sensor 48MP. Selain itu, sensor kamera swafoto Galaxy M21s juga dilengkapi sensor 32MP, lebih tinggi daripada kamera swafoto 20MP dalam Galaxy M21.

Daripada segi spesifikasi lain, Galaxy M21s dilengkapi cipset Exynos 9611, skrin Super AMOLED Full HD+ berukuran 6.4 inci, bateri 6,000mAh, pengecasan 15W, pengimbas cap jari di belakang, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Ia ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan biru serta akan dijual pada harga BRL2,609 (~RM1,177).

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika Galaxy M21s menarik minat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version