Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M22 dilancar di Malaysia: Miliki Helio G80, skrin 6.4” dan bateri 5,000mAh berharga RM899

Samsung Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah telefon baharu kelas pertengahan iaitu Samsung Galaxy M22. Ianya dibangunkan bagi menfokuskan kepada kualiti dan prestasi sesuai dengan gaya kehidupan anda.

Galaxy M22 mempunyai pelbagai ciri dan keupayaan yang membantu pengguna untuk terus berhubung, menangkap gambar, bekerja dan bermain game. Baterinya juga tahan untuk kegunaan harian serta tersedia dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru.

Berikut merupakan spesifikasi Samsung Galaxy M22:

Samsung Galaxy M22 boleh mula dibeli melalui kedai rasmi dalam talian Samsung bermula 5 Oktober ini dengan harga RM899. Namun, dalam kempen membeli-belah 10.10 yang dianjurkan Shopee, ia akan menerima potongan sebanyak RM120 yang menjadikan harganya kepada RM779.

Promosi ini sah jika anda membeli di Shopee daripada 3 Oktober sehingga 10 Oktober ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy M22 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version