Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M23 5G disenarai Google Play Store, mungkin miliki cipset Qualcomm SD 750

Samsung Galaxy M23 5G bernombor modelkan SM-M236B telah disenaraikan di Google Play Console mendedahkan beberapa cirinya. Menurut penyenaraian, telefon ini akan menampilkan paparan dengan resolusi 2408 x 1080 piksel (FHD+).

Namun, tiada sebarang butiran mengenai kadar penyegaran paparan peranti tetapi ia mungkin membawa  sekurang-kurangnya 90Hz. Selain daripada paparan, penyenaraian tersebut turut mendedahkan ia mungkin membawa cipset Qualcomm Snapdragon 750 bersama RAM 6GB. Berkemungkinan juga ia akan membawa beberapa varian memori lain.

Menurut laporan sebelum ini, telefon itu akan hadir dengan sambungan Bluetooth 5.0, slot kad MicroSD, sokongan pengecasan pantas 25W dan Android 12 berdasarkan One UI 4. Akhir sekali, jika ia seperti Samsung Galaxy A23 5G, maka kami menjangka ia akan membawa kamera utama 50MP yang didayakan OIS.

Setakat ini, Samsung masih belum mengumumkan tarikh pelancaran untuk Galaxy M23 5G. Berdasarkan pensijilan dan penyenaraian dalam talian setakat ini, telefon pintar tersebut mungkin dilancarkan tidak lama lagi. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version