Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M31 diumumkan di Malaysia dengan bateri 6000 mAH, kamera quad 64MP berharga RM1,099

Terkini, Samsung dengan kolaborasi Lazada Malaysia telah mengumumkan pelancaran peranti kelas pertengahannya yang baharu, Samsung Galaxy M31 dengan harga RM1,099. Jika anda sedang mencari peranti kelas pertengahan samsung, inilah masanya!

Samsung Galaxy M31 hadir dengan cipset Exynos 9611 bersama RAM 6GB dan storan 128GB yang boleh ditambah sehingga 512GB. Peranti dengan paparan Super AMOLED FHD+ 6.4 inci ini dihuni takuk Infinity-U. Ia bakal hadir dengan pilihan warna asas seperti biru, merah dan hitam.

Kamera utama Galaxy M31 menampilkan tetapan kamera quad 64MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (sensor kedalaman) + 5MP (sensor makro) bersama kamera hadapan 32MP. Turut hadir bersama adalah bicu audio kesukaan ramai, bicu audio 3.5mm. Yang paling menarik pada peranti kelas pertengahan ini adalah bateri 6000 mAh yang hadir bersama pengecasan pantas 15W.

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan masih berjalan, anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy M31 di Lazada di Samsung Malaysia e-store dan Lazada bermula pada 27 Mac 2020. Semestinya, anda juga akan mendapat tawaran menarik! Anda boleh menambah Galaxy M31 di beg dalam talian Lazada seawal 20 Mac dan membayarnya pada 27 Mac 2020 untuk tawaran menarik.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi pautan ini. Adakah anda bakal menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan membaca berita terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version