Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M32 5G muncul di Geekbench, dilengkapi cipset Dimensity 720

Pada bulan yang lalu, Samsung telah melancarkan Galaxy M32, sebuah telefon 4G dengan cipset Mediatek Helio G80. Kini, versi 5G untuk telefon ini pula telah dikesan di penanda aras Geekbench menunjukkan cipset yang digunakan.

Melihat kepada penyenaraian tersebut, sebuah telefon Samsung dengan nombor model SM-326 (merujuk kepada Galaxy M32 5G) dilihat menggunakan cipset Mediatek Dimensity 720 5G. Untuk pengetahuan anda, Galaxy A32 5G juga dikuasai oleh cipset yang sama dan kedua-dua peranti mungkin berkongsi spesifikasi yang lebih dari itu.

Cipset Mediatek Dimensity 720 5G adalah cipset bersaiz 7nm yang hadir dengan teras CPU Cortex-A76 2.0GHz, GPU Mali-G57 MC3 dan modem 5G sub-6 Ghz. Untuk perbandingan, Mediatek Helio G80 adalah cipset 12nm dengan teras CPU A75 2.0GHz, GPU Mali-G52 MC2 dan modem LTE.

Apa pun, Galaxy M32 5G berjaya untuk mendapat markah setinggi 497 untuk teras tunggal dan 1605 untuk teras pelbagai. Ia juga dilihat hadir dengan RAM 6GB dan dilengkapi perisian Android 11.

Adakah anda menantikan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version