Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M32 akan dilancar pada 21 Jun, dilengkapi skrin sAMOLED 90Hz

Telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy M32 telah pun banyak dikatakan baru-baru ini, dengan spesifikasi awal yang telah tertiris minggu lepas. Kini Samsung sudah pun mengumumkan tarikh pelancaran untuk telefon tersebut di India iaitu pada hari Isnin, 21 Jun jam 12:00 tengah hari IST (2:30 petang waktu Malaysia).

Menurut laman web Amazon India, Galaxy M32 bakal dilengkapi skrin sAMOLED berukuran 6.4 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 90Hz dan keterangan 800 nits. Seperti gajet lain dalam siri Galaxy M, telefon ini akan dilengkapi bateri 6,000mAh.

Daripada segi kamera, Galaxy M32 dilengkapi empat kamera termasuk kamera utama 64MP, manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 20MP.

Selain daripada spesifikasi di atas, Galaxy M32 mungkin akan dilengkapi cipset Helio G85, pengecasan 15W, RAM 4GB atau 6GB serta storan dalaman 64GB atau 128GB. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Galaxy M terakhir yang dilancar di Malaysia adalah Samsung Galaxy M12 pada bulan Mei lalu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy M32 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Amazon India

Exit mobile version