Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M32 mungkin hadir dengan cipset Helio G85, bateri 6,000mAh dan lebih lagi

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengenai Samsung Galaxy M32 yang menyatakan bahawa peranti ini adalah penjenamaan semula Galaxy A32. Namun, berdasarkan sumber terkini, ia mungkin tidak benar. Terbaru, Galaxy M32 telah tertiris dalam talian dan ia dilihat mempunyai spesifikasi yang sedikit berlainan dari Galaxy A32.

Berdasarkan sumber, Galaxy M32 akan menggunakan skrin 6.4 inci SuperAMOLED FHD+. Ia juga bakal dilengkapi cipset Mediatek Helio G85 dengan dua pilihan memori iaitu RAM 4GB + storan 64GB dan RAM 6GB + storan 128GB. Ia juga hadir dengan sokongan kad microSD untuk tambahan storan setinggi 1TB.

Imej janaan dari Samsung Mobile Press

Untuk kamera pula, ia menggunakan kamera swafoto 20MP dan 4 kamera pada bahagian belakang termasuklah kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 5MP. Selain itu, ia juga mungkin hadir dengan bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W.

Galaxy M32 juga akan dilengkapi perisian Android 11 dengan antaramuka OneUI. Beratnya adalah 196g dengan dimensi 160 x 74 x 9mm. Peranti ini bakal hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan putih.

Apa pun, perlu diingatkan bahawa spesifikasi ini hanyalah khabar angin sahaja. Ia bukanlah dari sumber rasmi Samsung.

Berikan komen anda di Facebook kami sekiranya anda berminat dengan Galaxy M32 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version