Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M33 5G dilancar di Malaysia: Skrin 120Hz, bateri 5,000mAh berharga RM1,499

Samsung telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru di Malaysia iaitu Samsung Galaxy M33 5G. Telefon ini dilengkapi cipset kelas pertengahan Exynos 1280 yang dibina dengan nod proses 5nm, jadi ia masih boleh menghasilkan prestasi yang agak pantas.

Telefon ini turut dilengkapi RAM 8GB serta skrin IPS LCD berukuran 6.6 inci dengan resolusi FullHD+ (1080×2408), kadar segar semula 120Hz dan dibina dengan kaca Gorilla Glass 5. Storan dalamannya adalah 128GB dan boleh dibesarkan dengan kad memori microSD.

Baterinya agak besar, dengan kapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W. Perisian antara muka (UI) pula adalah One UI 4.1 berdasarkan Android 12.

Selain itu, ia turut dilengkapi pengimbas cap jari di bahagian sisi, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo Dolby Atmos. Telefon ini turut menyokong fungsi tambahan memori RAM Plus sehingga 8GB.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 5MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 8MP.

Samsung Galaxy M33 5G akan dijual di Malaysia pada harga pasaran RM1,499. Sungguh pun begitu anda boleh dapatkannya pada harga promosi di Lazada iaitu RM1,399 sahaja untuk masa terhad. Anda juga boleh melihat seksyen Specs & Harga untuk melihat harga termurah untuk telefon ini pada bila-bila masa.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Malaysia

Exit mobile version