Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M33 5G muncul di Geekbench, dilengkapi Exynos 1200 dan bateri 6,000 mAh

Samsung sedang menghasilkan pengganti untuk model Galaxy M32 sejak dari awal tahun ini. Ia akan menggunakan nama Galaxy M33. Prototaip model ini telah dikesan dalam pangkalan data Geekbench hari ini di mana ia muncul dengan menggunakan cipset Exynos 1200.

Cipset tersebut juga digunakan untuk Galaxy A53 5G yang mendedahkan ujian dengan skor penanda aras yang sama. Galaxy M33 berkemungkinan akan menjadi A53 yang dijenamakan semula tetapi dengan satu perbezaan utama iaitu bateri yang lebih besar.

Galaxy M33 dengan nombor model EB-BM336ABN telah mendapat pengiktirafan oleh SafetyKorea dan mendedahkan bahawa ianya dilengkapi bateri berkapasiti 6,000 mAh. Prototaip Galaxy M33 yang muncul di Geekbench mempunyai RAM 6GB dan telefon itu mungkin ditawarkan dalam varian memori serta storan pilihan apabila ia dilancarkan.

Galaxy M33 menggunakan sistem operasi Android 12 dan mungkin dilancarkan beberapa minggu lagi. Kami masih menunggu maklumat rasmi daripada Samsung mengenai pelancaran telefon ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version