Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M42 5G dikesan dalam Geekbench dengan cipset Snapdragon 750G

Samsung telah melancarkan beberapa telefon pintar dalam siri Galaxy M pada tahun ini, termasuklah Galaxy M62 dan Galaxy M02. Kini terdapat maklumat baru untuk telefon terbaru dalam siri itu iaitu Samsung Galaxy M42 5G yang telah muncul dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench.

Sebuah peranti Samsung dengan nombor model SM-M426B telah muncul dalam Geekbench di mana ia dilengkapi RAM 4GB, sistem operasi Android 11 dan cipset Qualcomm dengan frekuensi asas 1.8GHz. Media melaporkan bahawa ia mungkin merujuk kepada Snapdragon 750G dengan GPU Adreno 619.

Laman sokongan untuk telefon itu telah pun dibina dalam laman web Samsung India. Selain itu, Galaxy M42 5G telah mendapat pengiktirafan Wi-Fi Alliance, Chinese Certification Commitee (3C) dan Bureau of Indian Standards.

Sebelum ini, Galaxy M42 telah pun disahkan sebagai telefon Galaxy M pertama yang akan menyokong rangkaian 5G. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version