Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M42 5G dilancar : Cipset Snapdragon 750G, kamera 48MP, harga bermula ~RM1,102

Terbaru, Samsung telah melancarkan peranti kelas pertengahan Galaxy M42 5G di India. Ia adalah telefon pertama dari siri M yang menyokong jaringan 5G. Dari segi spesifikasi dan reka bentuk, ianya hampir sama dengan Galaxy A42 5G yang telah dilancarkan November tahun lalu.

Galaxy M42 5G hadir dengan beberapa spesifikasi menarik seperti skrin AMOLED, cipset Snapdragon 750G 5G dan lain-lain. Berikut adalah spesifikasi penuh Galaxy M42 5G.

Galaxy M42 5G

Galaxy M42 5G ditawarkan dengan dua warna iaitu Prism Dot Black (hitam) dan Prism Dot Grey (kelabu). Ia dijual pada tanda harga bermula Rs 19,999 (~RM1,102).

Buat masa ini, tiada lagi berita rasmi mengenai kehadiran peranti ini ke pasaran Malaysia.

Adakah anda meminati peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version