Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M42 dengan cipset Snapdragon 750G mungkin dilancar pada bulan ini

Terbaru, Samsung dilaporkan akan melancarkan telefon baru dari Siri M iaitu Galaxy M42 5G di India tidak lama lagi. Telefon pintar ini akan menjadi telefon pertama dari Siri M yang menyokong 5G. Ia mungkin akan memasuki pasaran pada bulan ini setelah beberapa ‘teaser‘ mengenainya muncul dalam talian.

Berdasarkan sumber lalu, sebuah peranti dengan nombor model SM-M426B/DS telah muncul di beberapa pangkalan data termasuklah GeekBench, 3C dan BIS. Peranti ini berkemungkinan besar merujuk kepada Galaxy M42 5G dan ia dilihat menggunakan cipset Snapdragon 750G 5G.

Selain dari itu, Galaxy M42 5G juga bakal hadir dengan skrin 6.6 inci Super AMOLED FHD+, kamera kuad dengan kamera utama 64MP, kamera swafoto 32MP, bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 15W. Ia juga dilengkapi sensor cap jari dalam skrin dan antara muka One UI 3.1 atas Android 11.

Selain dari Galaxy M42 5G, Samsung juga dikatakan akan memperkenalkan Galaxy M62 5G dalam masa yang terdekat.

Adakah anda berminat dengan peranti sekirannya masuk ke Malaysia kelak? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version