Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M51 dilancar di Malaysia: 7,000mAh, Super AMOLED+, Snapdragon 730 berharga RM1,599

Samsung Malaysia telah melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy M51 yang dijual pada tanda harga RM1,599. Ciri menarik telefon ini adalah pada baterinya yang berkapasiti 7,000mAh dan skrin Infinity-O Super AMOLED Plus 6.7 inci dengan resolusi 1080 x 2400.

Bagi mengecas bateri yang besar itu, Galaxy M51 dilengkapi pengecasan pantas 25W yang boleh mengecas penuh selama 115 minit. Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 12MP dengan sudut penglihatan 123°, sensor kedalaman 5MP dan kamera makro 5MP. Ia boleh merakam video dalam resolusi 4K pada kadar 30fps dan video gerak perlahan 240fps dalam resolusi 720p. Untuk swafoto, ia mempunyai kamera hadapan 32MP.

Galaxy M51 dilengkapi cipset Snapdragon 730, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 512GB. Telefon ini mempunyai bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari. Ia akan ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu hitam.

Berikut adalah ringkasan spesifikasi Galaxy M31:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy M51 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version