Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M53 5G dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED 6.7″, kamera 108MP berharga RM1,999

Samsung Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharu iaitu Samsung Galaxy M53 5G. Telefon ini dilengkapi saiz skrin, kapasiti bateri dan jumlah megapiksel kamera yang agak besar.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 900 5G, RAM 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 25W. Di hadapan, ia mempunyai skrin Super AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera swafoto 32MP. Daripada segi warna, telefon ini ditawarkan dalam warna biru, perang dan hijau.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy M53 5G:

Pra-tempahan kini boleh dibuat di laman web Sen Heng, Lazada atau Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version