Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M54 5G dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED 120Hz, kamera 108MP, bateri 6,000mAh berharga RM2,099

Samsung telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu Samsung Galaxy M54 5G. Telefon ini dilengkapi spesifikasi kelas pertengahan yang agak menarik, seperti skrin Super AMOLED dengan kadar segar semula yang tinggi serta bateri yang besar.

Ciri menarik pada telefon ini pastinya adalah skrin Super AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman penggunaan yang sangat lancar. Skrinnya dibina dengan kaca Gorilla Glass 5 untuk ketahanan yang tinggi untuk telefon kelas pertengahan.

Reka bentuk Galaxy M54 5G
Spesifikasi kamera Galaxy M54 5G

Selain itu, sensor kamera utamanya mempunyai jumlah megapiksel yang sangat tinggi iaitu 108MP, jadi ia boleh menangkap lebih banyak butiran dalam gambar. Ia turut didampingi oleh kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.

Satu lagi ciri menarik adalah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 6,000mAh, pasti boleh bertahan selama beberapa hari. Ia menyokong kadar pengecasan pantas 25W.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy M54 5G:

Samsung Galaxy M54 5G dikesan dalam laman rasmi Samsung Malaysia di Lazada dan buat masa ini anda boleh mendapatkannya pada harga diskaun 24% iaitu RM1,599 sahaja.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version