Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M54 dilancar: Exynos 1380, skrin FHD+ 6.7″ dan kamera 108MP

Selepas melancarkan telefon pintar siri perdana Galaxy S23 beberapa bulan lalu, Samsung kini memfokuskan pada barisan pertengahan dengan melancarkan Samsung Galaxy M54. Melihat kepada spesifikasi, telefon ini seperti versi Samsung Galaxy A54 yang lebih canggih sedikit, skrin lebih besar, paparan resolusi lebih tinggi dan bateri lebih besar.

Samsung Galaxy M54 menampilkan paparan Super AMOLED FHD+ 6.7 inci yang menawarkan resolusi skrin 2400 x 1080 piksel, kadar penyegaran 120Hz dan perlindungan Gorilla Glass 5. Peranti ini hadir dengan cipset Exynos 1380 yang dihasilkan melalui proses 5nm.

Bagi memori, telefon ini dilengkapi dengan RAM 8GB serta menawarkan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB dan 256GB. Terdapat juga slot kad mikroSD membolehkan pengguna mengembangkan kapasiti storan telefon. Terdapat tiga kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 108MP dengan OIS, ultralebar 8MP dan makro 2MP.

Bahagian hadapannya terdapat kamera swafoto 32MP. Telefon pintar ini menjalankan sistem Android 13 dengan antara muka One UI 5.1. Ia dikuasakan oleh bateri 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Pada masa ini, Samsung Malaysia belum mendedahkan maklumat harga serta butiran ketersediaan.

Walau bagaimanapun, kami menjangkakan telefon pintar Galaxy A54 akan dilancarkan tidak lama lagi dalam pasaran tempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version