Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M62 akan mula dijual di Malaysia pada 3 Mac, berharga RM1,599

Samsung Malaysia sudah pun mengesahkan bahawa telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy M62 akan dijual dalam masa terdekat, dan kini peranti itu dilihat akan mula dijual pada 3 Mac dengan harga promosi RM1,599.

Harga asal telefon tersebut adalah RM1,999, namun pelanggan boleh menikmati diskaun hari pertama dalam Lazada di mana ia akan dijual pada harga RM1,599 namun ia hanya terhad pada 3 Mac sahaja.

Ciri utama yang terdapat pada telefon ini adalah baterinya yang sangat besar iaitu 7,000mAh. Spesifikasinya yang lain juga tidak kurang hebatnya, dengan cipset Exynos 9825, skrin AMOLED 6.7 inci, pengecasan pantas 25W serta empat kamera termasuk kamera utama 64MP.

Galaxy M62 nampak seperti Galaxy F62 yang dijenamakan semula untuk pasaran luar India. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Amanz

Exit mobile version