Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M62 disahkan, akan dilancar di Malaysia dalam masa terdekat

Samsung Malaysia sudah mengesahkan bahawa telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy M62 akan dilancar di sini dalam masa terdekat. Dalam sebuah poster, Samsung mengiklankan ciri utama telefon tersebut iaitu bateri besar dengan kapasiti 7,000mAh.

Telefon ini merupakan peranti Samsung kedua yang dilengkapi bateri 7,000mAh selepas Galaxy M51. Spesifikasi lanjut tentang telefon itu masih belum diketahui, namun badan pengiktirafan Amerika Syarikat sebelum ini mengatakan ia bakal dilengkapi pengecasan pantas 25W, bicu audio 3.5mm dan cipset Exynos 9825.

Ia juga mungkin adalah Samsung Galaxy F62 yang dijenamakan semula untuk pasaran luar India. Sebelum ini, Galaxy F62 telah dilancar di India pada 15 Februari dan mempunyai spesifikasi dan rupa yang sangat mirip dengan Galaxy M62.

Adakah anda berminat dengan Galaxy M62? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version