Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M62 rasmi di Malaysia: 7000mAh, Super AMOLED, 4 kamera berharga RM1,599*

Baru-baru ini,berita mengenai peranti Samsung dengan bateri berkapasiti besar telah mula timbul. Samsung Galaxy M62 secara rasminya disahkan hadir di pasaran Malaysia dan akan mula dijual pada 3 Mac 2021 dengan harga pengenalan RM1,599*.

Samsung Galaxy M62 hadir dengan penawaran spesifikasi yang baik seperti kapasiti bateri 7000mAh, skrin Super AMOLED 6.5 inci dan cipset 7nm Exynos 9852. Anda boleh menyemak spesifikasi penting Samsung Galaxy M62 seperti di bawah.

Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy M62 dengan harga pengenalan RM1,599 hanya pada 3 Mac 2021 eksklusif di Lazada sahaja. Untuk pengetahuan anda, harga asal peranti ini adalah RM1,999. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada pautan ini.

Adakah anda berminat dengan peranti Samsung dengan bateri 7000mAh ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version