Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Note 20 bakal dihuni skrin biasa 60Hz, berbanding Note 20+ 120Hz

Seperti yang tertera pada tajuk, terdapat sumber yang menyatakan bahawa varian biasa Samsung Galaxy Note 20 bakal memiliki skrin rata 60Hz sahaja.

Spesifikasi skrin ini kelihatannya mempunyai jurang besar dengan varian Galaxy Note 20+ yang dijangkakan mempunyai spesifikasi skrin sehingga 120Hz. Memandangkan salah satu trend spesifikasi telefon pintar terkini adalah kadar segar semula yang tinggi, mungkin khabar angin ini bakal mengecewakan peminat.

Sebelum anda dilanda kekecewaan, anda perlu ketahui bahawa berita ini bukanlah berita yang rasmi. Walaupun dengan khabar skrin 60Hz FHD+, namun ia hadir dengan rekaan skrin seperti varian Galaxy Note 20 yang lain.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version