Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Note 20, Galaxy Z Flip 5G dan Fold 2 akan dilancarkan pada 5 Ogos

[Kemas kini: 10 Jun 2020, terdapat sumber yang melaporkan bahawa Samsung akan turut mengumumkan Galaxy Z Flip 5G dalam acara yang sama. Samsung Galaxy Fold 2, Galaxy Note 20 dan Galaxy Z Flip 5G bakal diumumkan pada tarikh 5 Ogos 2020 dan mungkin akan sedia dijual pada 20 Ogos 2020.]

Menurut media Korea Selatan, Donga, Samsung mungkin akan melancarkan Samsung Galaxy Note 20 dan Galaxy Fold 2 pada hari Rabu, 5 Ogos. Ini juga bakal menjadi kali pertama Samsung menganjurkan acara Unpacked secara dalam talian sepenuhnya.

Biasanya, Samsung akan melakukan pelancaran produk dalam separuh tahunan kedua di New York, Amerika Syarikat. Namun, seorang wakil daripada Samsung mengatakan acara yang sama tidak boleh dilakukan pada tahun ini berikutan pandemik COVID-19 dan rusuhan anti-perkauman yang semakin parah di negara itu.

Walaupun ini masih disahkan secara rasmi oleh Samsung, besar kemungkinan pelancaran seperti ini akan dilakukan seperti mana pelbagai pelancaran telefon pada tahun ini juga dibuat secara dalam talian. Sumber awal mengatakan Galaxy Note 20 akan dilancarkan dalam dua varian saiz iaitu skrin 6.7 inci dan 6.9 inci.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kedua-dua peranti Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version