Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Note20 akan dilengkapi cipset Exynos 990

Telefon-telefon flagship Samsung Galaxy selalunya dilengkapi dengan cipset yang berlainan bergantung kepada di mana ia dijual. Malaysia adalah antara pasaran yang menerima peranti Galaxy dengan cipset Exynos dan nampaknya untuk siri Galaxy Note20, ia mungkin akan dilengkapi Exynos 990 iaitu cipset sama yang terdapat dalam siri Galaxy S20.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa Note20 varian Exynos bakal dilengkapi cipset Exynos 992 namun beberapa sumber di Twitter mengatakan ini adalah salah. Sebaliknya, Exynos 990 akan dikekalkan untuk Note20.

Tentunya ini adalah berita yang agak mengecewakan untuk peminat Samsung, lebih-lebih lagi apabila varian Snapdragon bakal dilengkapi cipset terbaru iaitu Snapdragon 865 Plus. Cipset Exynos 990 merupakan cipset yang tidak mampu menyaingi prestasi cipset Snapdragon dalam kategori yang sama seperti Snapdragon 865.

Galaxy Note20 akan dilancarkan dalam acara Samsung Unpacked pada 5 Ogos ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter Max Weinbach, Ice Universe

Exit mobile version