Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Note20 dilancar: Exynos 990, Dynamic AMOLED 120Hz, kamera 108MP bermula RM4,299

Samsung hari ini telah melancarkan telefon pintar flagship Galaxy Note20 dan variannya yang lebih besar, Galaxy Note20 Ultra dalam acara Galaxy Unpacked. S Pen yang sudah sinonim dengan Galaxy Note pada kali ini mempunyai fungsi baru seperti kawalan tanpa sentuh S-Pen Gesture dan kadar latency yang lebih rendah, sepantas 9 milisaat.

Walaupun kedua-dua peranti ini mempunyai nama yang serupa kerana dilengkapi dengan S Pen, perbezaan di antara dua varian ini adalah agak berbeza.

Daripada segi skrin, Note20 dilengkapi skrin Super AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi 2400×1080 manakala Note20 Ultra pula dilengkapi skrin Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.9 inci dengan resolusi 3088×1440 dan kadar segar semula 120Hz.

Lagi satu perbezaan yang ketara adalah pada kamera, di mana Galaxy Note20 Ultra mempunyai kamera utama 108MP manakala kamera utama Note20 adalah 12MP sahaja. Selain itu, kamera telefoto Galaxy Note20 Ultra adalah 12MP manakala dalam Galaxy Note20 pula adalah 64MP. Kedua-dua peranti mempunyai kebolehan Space Zoom, namun Note20 Ultra boleh zum sejauh 50x manakala Note20 boleh zum sekadar 30x sahaja.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy Note20 dan Samsung Galaxy Note20 Ultra:

Samsung Galaxy Note20

Samsung Galaxy Note20 Ultra

Untuk pasaran Malaysia, Note20 mungkin akan dijual pada harga RM4,299 dan Note20 Ultra pula pada RM5,199 menurut pelan Maxis Zerolution. Setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada Samsung tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Galaxy Note20 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version