Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Note20 Ultra telefon 5G terlaris di seluruh dunia setakat ini

Telefon pintar Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G yang dilancar pada Ogos lalu adalah telefon 5G yang paling laris untuk bulan September 2020, dengan jualan sebanyak 5% daripada seluruh telefon 5G menurut data daripada firma analisa Counterpoint Research.

HUAWEI P40 Pro pula mendapat tempat kedua dalam senarai telefon 5G terlaris pada bulan tersebut, diikuti dengan HUAWEI nova 7 iaitu sebuah telefon kelas pertengahan. Telefon-telefon 5G China mendominasi senarai ini, besar kemungkinan kerana rangkaian 5G yang setakat ini hanya digunakan secara meluas di negara itu.

Samsung Galaxy S20 Plus pula mendapat sembutan yang lebih tinggi daripada Galaxy Note20, walaupun S20 Plus telah dilancar jauh lebih awal daripada Note20. Selain itu, terdapat juga beberapa telefon kelas pertengahan seperti HUAWEI nova 7, vivo Y70s dan OPPO A72 yang menunjukkan bahawa sokongan 5G kini tidak lagi terhad kepada telefon flagship sahaja.

Memandangkan siri iPhone 12 telah dilancar pada bulan Oktober, menarik untuk kita lihat sama ada Samsung mampu mengekalkan takhta telefon 5G terlaris untuk sepanjang 2020. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Counterpoint Research

Exit mobile version