Samsung Electronics hari ini mengumumkan penambahan dua saiz baharu untuk Galaxy Ring iaitu saiz 14 dan 15 menjadikannya kini tersedia dalam pilihan saiz dari 5 hingga 15. Galaxy Ring akan dilancarkan untuk 15 pasaran baharu bermula Februari termasuk Malaysia.
Seiring dengan pengembangan produk ini, Samsung juga memperkenalkan kemas kini pada aplikasi Samsung Health untuk memberikan ciri-ciri lanjutan yang memfokuskan kepada kesihatan tidur. Fungsi baharu termasuk laporan persekitaran tidur, panduan masa tidur dan penjejak kesedaran diri yang direka untuk membantu pengguna mencapai tidur yang lebih berkualiti.
Pengguna kini boleh memilih Galaxy Ring dalam tiga pilihan warna iaitu Titanium Black, Titanium Silver dan Titanium Gold serta 11 saiz berbeza. Samsung turut menawarkan kit pengukuran saiz percuma yang boleh didapati di laman web rasmi Samsung atau di kedai Samsung berhampiran.
Kemajuan aplikasi Samsung Health kini memberi tumpuan lebih mendalam terhadap kesihatan tidur pengguna termasuk:
- Laporan Persekitaran Tidur – Menganalisis suhu, kelembapan, kualiti udara dan intensiti cahaya bilik tidur melalui integrasi dengan SmartThings. Pengguna juga boleh menetapkan suasana bilik secara automatik untuk memastikan tidur yang lebih nyenyak.
- Panduan Masa Tidur – Memberikan cadangan waktu tidur optimum berdasarkan pola tidur unik dan rutin harian pengguna.
- Penjejak Kesedaran Diri – Membantu meningkatkan kesihatan mental dengan memantau mood serta menyediakan panduan senaman pernafasan dan meditasi.
Dengan kombinasi Galaxy Ring dan aplikasi pintar, pengguna kini boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat dan produktif. Galaxy Ring dengan saiz baharu akan mula dijual pada 22 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut, layari Samsung.com.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy Ring dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Samsung

