Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Ring tawarkan hayat bateri sehingga 9 hari

Samsung melancarkan Galaxy Ring, pada hari pertama Mobile World Congress (MWC) 2024. Walaupun spesifikasi penuh dan butiran harga tidak didedahkan, Samsung memberikan maklumat mengenai saiznya, ciri penjejakan tidur dan keupayaan Skor Vitality.

Ketua Kesihatan Digital di Samsung MX, Hon Pak berkongsi perincian bateri menunjukkan bahawa Galaxy Ring akan menawarkan antara lima dan sembilan hari hayat bateri di mana model yang lebih besar dilengkapi dengan bateri yang lebih besar untuk penggunaan lanjutan.

Selain itu, Samsung mengesahkan bahawa Galaxy Ring dijadualkan untuk dikeluarkan pada separuh kedua tahun ini, mungkin secara serentak dengan acara Galaxy Unpacked kedua pada bulan Julai ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: fnnews (Dalam bahasa Korea)

Exit mobile version