Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Ring tidak boleh digunakan dengan peranti iOS, boleh digunakan dengan peranti Android

Samsung telah memperkenalkan peranti boleh pakai seterusnya, cincin pintar Samsung Galaxy Ring, dalam acara Mobile World Congress (MWC) 2024 yang berlangsung pada minggu lepas. Ia dijadualkan untuk dilancar pada akhir tahun ini, jadi mungkin para pengguna di luar sana sudah teruja untuk membeli peranti serba baharu ini.

Jika anda merupakan seorang pengguna telefon pintar iPhone dan tertanya-tanya jika Galaxy Ring boleh digunakan bersama telefon anda, pihak Samsung telah menjelaskan bahawa ia tidak boleh dilakukan. Menurut Naib Presiden dan Ketua Kesihatan Digital Samsung, Hon Pak, Samsung sedar bahawa terdapat cabaran untuk menawarkan penggunaan Galaxy Ring kepada pengguna ekosistem iOS dan Android.

Beliau berharap Galaxy Ring bakal menjadi sebuah peranti canggih dengan kaliber tinggi yang membuatkan para pengguna untuk tukar daripada iOS dan mula menggunakan gajet-gajet Samsung. Walaupun beliau tidak menyatakan secara jelas bahawa Galaxy Ring tidak boleh digunakan dengan iPhone, jelas sekali beliau ingin para pengguna memilih peranti Samsung.

Sungguh pun begitu, Galaxy Ring boleh digunakan dengan peranti-peranti jenama lain yang menggunakan ekosistem Android. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Galaxy Ring, anda boleh baca artikel ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNET

Exit mobile version