Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S20 FE 2022 dilancar: Spesifikasi seperti Galaxy S20 FE 5G dengan harga lebih murah

Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy S20 FE 2022 tanpa diketahui ramai di Korea. Peranti tersebut dilihat telah muncul di di laman web e-dagang Korea Selatan KT Shop dan LG Uplus.

Setakat yang kami tahu, ini adalah sama dengan Samsung Galaxy S20 FE 5G asal membawa beberapa ciri yang sama seperti cipset Snapdragon 865. Perbezaan peranti ini dengan Galaxy S20 FE 5G adalah set kepala AKG yang dialih keluar daripada pakej runcit dan harganya telah diturunkan sebanyak KRW 200,000 (~RM695).

Harga Samsung Galaxy S20 FE 2022 adalah KRW 700,000 (~RM2,433). Ia bernombor modelkan SM-G781NK22 (atau SM-G781NK di beberapa tempat) yang membawa warna Cloud White, Cloud Lavender dan Cloud Navy tersedia.

Menarik sekali, KT menawarkan set kepala AKG percuma untuk mereka yang membuat pembelian sebelum akhir April. Ini mungkin untuk menawarkan Galaxy S20 FE 5G asal dengan harga diskaun.

Kami masih menunggu pengumuman rasmi daripada Samsung untuk edisi 2022 ini tiba di pasaran global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version