Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S20 FE 5G dilancar: AMOLED 120Hz, 4,500mAh, 3 kamera berharga RM3,399

Samsung hari ini telah melancarkan varian terbaru untuk siri telefon pintar Galaxy S20, iaitu Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) 5G. Peranti Galaxy flagship terbaru ini dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik seperti skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, tiga kamera dan bateri 4,500mAh serta akan dijual pada harga RM3,399.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy S20 FE 5G:

Para pelanggan di Malaysia boleh mula membuat pra-tempahan untuk Galaxy S20 FE bermula esok (24 September) jam 10:00 pagi sehingga 8 Oktober atau selama stok masih ada. Pelanggan yang membuat pra-tempahan berpeluang membawa pulang hadiah yang bernilai sehingga RM568.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon flagship terbaru daripada Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version