Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S20 FE LTE sedia dibeli esok, percuma Galaxy Buds+, berharga RM2,299 di Shopee

Samsung Malaysia kini telah mengumumkan kehadiran Samsung Galaxy S20 FE LTE di pasaran Malaysia. Peranti ini boleh mula didapati di Samsung Online Store atau Samsung Official Store di Shopee bermula pada 11 November 2020 dengan harga asal RM2,699.

Sepintas lalu, spesifikasi Samsung Galaxy S20 FE sama sahaja dengan spesifikasi Galaxy S20 FE 5G, tetapi dengan perbezaan pada janaan cipset. Ia dijana cipset Exynos 990 dan memiliki harga yang lebih berpatutan.

Pembelian Galaxy S20 FE LTE di Samsung Online Store melayakkan anda untuk membawa pulang Samsung Galaxy Buds+ percuma bernilai RM599. Manakala oembelian Galaxy S20 FE LTE di Shopee melayakkan anda menerima potongan harga RM400 (RM2,299 berbanding harga asal RM2,699).

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version