Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S20 FE LTE versi 4G akan hadir di Malaysia dengan Exynos 990 berharga RM2,699

[Kemas kini, 3:13PM] Menurut sumber terbaru, Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy S20 FE LTE akan menggunakan cipset Exynos 990, bukan Snapdragon 865 seperti Galaxy S20 FE LTE 5G.

Terkini, Samsung Malaysia telah mengumumkan berita gembira untuk peminat Samsung Galaxy S20 FE. Peminat yang ingin mendapatkan peranti ini dengan harga lebih murah kini boleh memilih Samsung Galaxy S20 FE LTE pada harga RM2,699.

Seiring dengan harganya, ia mempunyai sedikit spesifikasi berbeza seperti tiada sokongan 5G. Namun, kami merasakan ia bukan satu kekurangan besar untuk pengguna di Malaysia kerana rangkan 5G masih lagi tidak meluas.

Setakat ini, Samsung masih tidak mengeluarkan spesifikasi penuhnya. Samsung Galaxy S20 FE LTE mungkin akan hadir dengan spesifikasi sama sahaja dengan Samsung Galaxy S20 FE 5G melainkan satu lagi perbezaan iaitu cipset. Menurut XDA Developers, varian LTE ini dijana cipset Exynos 990. Namun, mungkin juga varian di Malaysia mempunyai spesifikasi berbeza dari apa Galaxy S20 FE 4G di pasaran negara lain.

Apa pun, kita boleh melihat spesifikasinya yang rasmi di laman web Samsung Malaysia pada hari ianya bakal tersedia untuk dijual kelak. Galaxy S20 FE LTE bakal hadir dengan pilihan warna Lavender, Cloud Orange dan Cloud Red.

Nantikan liputan berita rasmi kehadirannya di pasaran dari TechNaveBM dan beritahu kami pandangan anda mengenai peranti ini di laman Facebook.

Exit mobile version