Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 4G bakal hadir di pasaran negara yang terpilih

Walaupun 5G mungkin menjadi keperluan di masa hadapan, namun penyediaan di negara Malaysia menyebabkan pengguna masih membeli peranti yang menyokong 4G. Terkini, sumber menyatakan bahawa Samsung Galaxy S21 4G bakal hadir tidak lama lagi.

Peranti yang didakwa sebagai Galaxy S21 4G telah diperakui di Bluetooth SIG. Ia disenaraikan sebagai peranti dengan nombor model SM-G990F dan SM-G990F_DS. Memandangkan kita juga menerima Samsung Galaxy S20 FE 4G pada tahun lepas, jadi tidak mustahil jika kita bakal menerima Samsung Galaxy S21 4G pada tahun ini.

Yang menjadi persoalan adalah beberapa spesifikasi seperti RAM, storan atau cipset yang bakal digunakan oleh Samsung Galaxy S21 4G jika ia hadir di Malaysia. Untuk itu, kita perlu menunggu berita yang lebih jelas mengenainya di kemudian hari.

Sepintas lalu, siri Samsung Galaxy S21 di Malaysia hadir dengan cipset Exynos 2100, RAM dari 8GB sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB (tertakhluk kepada model) pada harga bermula RM3,699.

Adakah anda berminat sekiranya Samsung Galaxy S21 4G hadir di Malaysia? beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber:

Exit mobile version