Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21+ dapat pengiktirafan BIS, mungkin dilancar 14 Januari ini

Beberapa hari yang lepas, Samsung Galaxy S21 versi biasa telah mendapat pengiktirafan dari Bureau of Indian Standards (BIS). Kini, model Samsung Galaxy S21+ pula telah dikesan di pangkalan data BIS dengan nombor model SMG996B/DS.

Pengiktirafan dua peranti ini memberi petanda bahawa peranti ini bakal memasuki pasaran tidak lama lagi. Samsung Galaxy S21 dijangka hadir dengan skrin 6.2 inci manakala S21+ dengan skrin 6.7 inci dan kedua-duanya dilengkapi dengan skrin jenis OLED 120Hz.

Untuk spesifikasi yang lain, ia dijangka akan hadir dengan tiga kamera belakang dengan konfigurasi 12MP + 12MP + 64MP. Siri telefon ini juga dijangka akan dilengkapi bateri 4,800mAh serta perisian OneUI 3.1 atas Android 11.

Ia dikhabarkan akan dijual dengan lima warna iaitu Phantom Black, Phantom Silver, Phantom Violet, merah jambu dan kelabu.

Samsung dijangka akan melancarkan tiga telefon dalam siri Galaxy S21 pada kali ini iaitu S21, S21+ dan S21 Ultra. Pelancaran ini berkemungkinan besar akan berlangsung pada 14 Januari ini.

Lihat pautan ini untuk berita lepas mengenai telefon siri Galaxy S21.

Adakah anda menantikan peranti flagship Samsung ini? Komen di Facebook kami dna terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version