Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 dilancar: Dynamic AMOLED 120Hz, kamera 108MP, zum 100x bermula RM3,699

Samsung hari ini telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru iaitu Samsung Galaxy S21 yang terdiri daripada Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra. Ketiga-tiga peranti ini menampilkan reka bentuk bonggol kamera yang lebih unik berbanding Galaxy S sebelum ini dan dilengkapi pemproses Exynos 2100 5nm terbaru yang menyokong rangkaian 5G.

Galaxy S21 dan Galaxy S21+ menampilkan spesifikasi yang lebih kurang sama, kecuali pada saiz skrin Dynamic AMOLED 2x 120Hz di mana Galaxy S21 dilengkapi skrin 6.2 inci manakala Galaxy S21+ dilengkapi skrin 6.7 inci. Semua varian Galaxy S21 dibuat dengan Gorilla Glass Victus.

Dari kiri: Galaxy S21 Ultra, Galaxy S21+, Galaxy S21

Kedua-dua telefon dilengkapi spesifikasi kamera yang sama, lengkap dengan fungsi seperti rakaman 8K, penstabilan Super Steady 60fps, Director’s View untuk suntingan video yang menarik, fungsi Single Take yang memberi lebih banyak pilihan video yang disunting secara automatik, Space Zoom 30x yang diperbaharui serta Zoom Lock untuk penstabilan imej yang dibantu AI.

Galaxy S21 Ultra pula merupakan varian yang tercanggih, dengan skrin Dynamic AMOLED 2x sebesar 6.8 inci yang boleh digunakan pada 120Hz dalam resolusi WQHD+ serta bilangan lensa yang lebih banyak berbanding dua varian Galaxy S21 lain. Skrinnya juga mempunyai keterangan maksimum 1,500 nits dan menyokong penggunaan S Pen.

Di samping fungsi kamera dalam semua telefon Galaxy S21, kamera Galaxy S21 Ultra boleh mengambil gambar 108MP, format 12-bit HDR RAW, rakaman 4K dalam 60fps dalam semua lensa, serta Space Zoom sehingga 100x dengan dwi-lensa Dual Telezoom.

Berikut ialah spesifikasi penuh untuk siri Galaxy S21:

Samsung Galaxy S21

Samsung Galaxy S21+

Samsung Galaxy S21 Ultra

Jika anda merancang untuk membuat pra-tempahan untuk mana-mana Galaxy S21, anda boleh gunakan kod khas untuk para pembaca TechNave di mana anda boleh mendapatkan fon telinga Samsung ANC Type-C (bernilai RM299) secara percuma. Kod tersebut adalah TNS21VIP dan hadiah ini hanya terhad kepada 280 pasang sahaja. Untuk pra-tempahan, boleh layari laman web Samsung Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli Samsung Galaxy S21 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version