Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 dilaporkan telah melepasi pengiktirafan pihak berkuasa India

Samsung Galaxy S21 dikhabarkan akan dilancar lebih awal berbanding telefon-telefon Galaxy S sebelum ini, iaitu pada bulan Januari 2021. Kini terdapat sebuah maklumat yang menunjukkan bahawa pelancaran telefon flagship Samsung yang seterusnya akan dibuat pada bulan itu.

Pihak berkuasa India, Bureau of Indian Standards (BIS), dilaporkan telah memberi pengiktirafan kepada telefon pintar Galaxy S21 dengan nombor model SM-G991B. Pengikitrafan tersebut telah pun diberikan pada 20 November lalu.

Pengiktirafan Samsung Galaxy S21 oleh BIS

Terdahulu, terdapat juga imej janaan komputer (CAD) yang mungkin menunjukkan rupa Galaxy S21 telah dimuat naik ke dalam Twitter oleh pengkhabar berita telefon, Ice Universe. Beliau mengatakan bahawa Galaxy S21 bakal mempunyai sempadan bezel yang ternipis dalam industri telefon pintar.

Adakah anda teruja dengan maklumat tentang Galaxy S21 ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Root My Galaxy

Exit mobile version