Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 ditemui di Geekbench dengan Exynos 2100, markah mengecewakan

Ura-ura awal mengenai siri Samsung galaxy S21 sudah mula hadir. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan kemunculan Samsung Galaxy S21 di Geekbench dengan pemerolehan markah yang mengecewakan.

Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, perlu kami ingatkan bahawa sumber yang mendedahkan kemunculan Galaxy S21 adalah bukan sumber rasmi. Kesemua maklumat yang dipaparkan adalah berstatus khabar angin.

Peranti dengan nombor model samsung SM-G996B ini didakwa sebagai Galaxy S21. Paparan menunjukkan ia dijana cipset Exynos 2100, bukan Exynos 1000 atau Snapdragon 875 seperti yang didakwa pada sumber berita lepas.

Markahnya pada Geekbench pula agak mengecewakan dimana ia tidak setinggi markah yang dijangkakan jika ia dijana Snapdragon 875 atau Exynos 1000. Anda boleh lihat perbandingan markah berdasarkan janaan cipset berbeza (tidak rasmi).

Apa pun, mungkin terdapat faktor lain yang memaparkan markah sebegini di Geekbench, seperti varian RAM rendah dan sebagainya. Anda boleh baca berita lepas mengenai Samsung Galaxy S21 disini.

Apakah pandangan anda mengenai pendedahan maklumat tidak rasmi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version