Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 FE 5G dilancar: Exynos 2100, AMOLED 120Hz, kamera Space Zoom 30x

Samsung telah melancarkan varian terakhir untuk siri telefon andalan Galaxy S21 iaitu Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) 5G. Ia menampilkan spesifikasi yang mantap untuk telefon andalan 2021 di mana ia mampu menjana prestasi terpantas, namun rekaan luarannya mempunyai permukaan plastik.

Galaxy S21 FE akan dilancarkan dalam empat varian warna iaitu putih, hitam Graphite, hijau Olive dan ungu Lavender. Antara fungsi menarik dalam telefon ini adalah zum kamera Space Zoom sehingga 30x, rakaman dwi-kamera Dual View dan kadar segar semula 120Hz.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy S21 FE:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang harganya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version