Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 FE 5G muncul di Geekbench, mungkin dilancar 8 September ini bermula ~RM2,600

Selepas melancarkan Galaxy Flip3 dan Z Fold3, Samsung sekali lagi dilihat bakal melancarkan sebuah lagi telefon pintar iaitu Galaxy S21 FE 5G. Sebelum ini tertiris khabar angin bahawa ia mungkin menggunakan cipset Snapdragon 888. Tetapi baru-baru ini, ianya muncul di di laman web Geekbench dengan model nombor SM-G990E menggunakan cipset Exynos 2100.

Daripada maklumat Geekbench ini, Galaxy S21 FE mungkin akan dilancarkan dalam dua varian cipset iaitu Snapdragon 888 dan Exynos 2100. Sesetengah negara mungkin akan menerima varian Snapdragon, manakala negara-negara lain akan menerima varian Exynos.

Spesifikasi lain bagi Samsung Galaxy S21 FE 5G ialah ia dilengkapi RAM 8GB, panel skrin AMOLED 6.4 inci, kadar segar semula skrin 120Hz, storan dalaman 256GB dan sokong kad microSD.

Selain itu, telefon ini hadir dengan kapasiti bateri 4,370mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W dan paparan antara muka OneUI 3.0 beroperasi atas Android 11. Seterusnya, bahagian belakangnya dilengkapi tiga kamera iaitu 32MP + 12MP + 8MP dan kamera swafoto 12MP.

Menurut salah satu sumber, ia dijangka akan dilancarkan pada 8 September 2021 dalam pasaran India. Namun, kami masih belum menerima maklumat rasmi daripada Samsung tentang pelancarannya di mana-mana pasaran. Telefon ini dianggarkan berharga Rs 45,846 (~RM 2,600) sehingga Rs 52,395 (~RM 2,972).

Adakah anda berminat untuk memiliki Galaxy S21 FE 5G? Beritahu kami diĀ FacebookĀ dan teruskan bersamaĀ Rakan Teknologi Utama MalaysiaĀ untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mysmartprice

Exit mobile version