Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 FE 5G tertiris, miliki cipset Snapdragon 888

Selepas melancarkan siri Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3, Samsung kini sedang membangunkan sebuah lagi telefon pintar segmen andalan iaitu Galaxy S21 FE 5G. Telefon pintar baharu ini hadir dengan tawaran harga yang lebih rendah berbanding siri Galaxy S21 tetapi masih banyak ciri yang ditawarkan.

Menurut Google Play Console, Samsung S21 FE 5G dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 888 serta tersedia dalam dua pilihan RAM iaitu 6GB dan 8GB. Selain itu, paparan skrinnya pula mempunyai resolusi 2,009 x 1,080 piksel.

Namun, resolusi ini mungkin tidak tepat kerana menurut sumber, peranti ini mempunyai resolusi  2,400 x 1,080 piksel. Galaxy S21 FE sesuai dengan paparan resolusi Samsung Galaxy S21 dan S21 +, maka ia mungkin akan menggunakan resolusi 2,340 x 1,080 piksel.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung S21 FE 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version