Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 FE akan diumumkan dalam acara CES 2022 berharga ~RM2,928

Samsung Galaxy S21 FE dijangka dilancarkan ketika acara CES 2022 pada bulan Januari 2022. Namun begitu, terdapat beberapa foto dan video menunjukkan reka bentuk dan kebanyakan spesifikasinya. Kini, telefon pintar itu telah disenaraikan di Walmart mendedahkan harganya.

Menurut penyenaraian Walmart, Samsung Galaxy S21 FE membawa harga $699(~RM2,928) di United Kingdom (UK) untuk varian storan 128GB dalam warna Graphite yang mungkin membawa RAM 6GB. Kami turut menjangka telefon itu akan dijual pada harga $749 (~RM3,138) bagi varian 256GB.

Imej telefon masih tidak disiarkan di penyenaraian Walmart. Mereka mungkin akan memuat turun imej telefon setelah dilancarkan. Dikatakan juga bahawa Samsung mempunyai stok Galaxy S21 FE yang mencukupi dan sudahpun tersedia di beberapa negara. Berkemungkinan besar, pelanggan boleh membuat pembelian sejurus selepas pelancaran.

Berikut merupakan spesifikasi yang mungkin terdapat pada Samsung Galaxy S21 FE:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version