Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 FE dengan Exynos disenaraikan dalam Google Play Console

Pelancaran Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) setakat ini masih lagi menjadi tanda tanya kerana masalah kekurangan semikonduktor sedunia yang mungkin menjejaskan pengilangan peranti itu. Sungguh pun begitu, beberapa penanda aras telah menunjukkan kewujudan Galaxy S21 FE dan terbaru, ia telah disenaraikan dalam data Google Play Console.

Penyenaraian tersebut menunjukkan bahawa Galaxy S21 FE akan ditawarkan dalam dua plihan cipset iaitu Exynos 2100 atau Snapdragon 888. Sebelum ini, varian Exynos pernah disenaraikan dalam Geekbench dengan RAM 8GB dan skrin Full HD+.

Samsung memang biasanya melancarkan telefon andalannya dengan kedua-dua cipset yang akan dijual secara berasingan mengikut negara. Galaxy S21 FE dikhabarkan akan dijual dengan cipset Exynos 2100 di benua Eropah dan kebanyakan negara Asia, manakala varian Snapdragon 888 akan dijual di Korea Selatan, India dan benua Amerika Utara.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S21 FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version