Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 FE disenaraikan dalam Geekbench, bakal dilengkapi Snapdragon 888

Samsung dijangka akan melancarkan varian terbaru dalam siri Galaxy S21 iaitu Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE), seperti yang telah berlaku tahun lepas dengan pelancaran Galaxy S20 FE. Sebelum ini, rupa telefon tersebut telah pun tertiris dan kini spesifikasinya sudah disenaraikan dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench.

Telefon tersebut mempunyai nombor model SM-G990B dan markah penanda aras 381 untuk ujian teras tunggal dan 1,917 untuk ujian multi-teras. Geekbench turut menyenaraikan nama “lahaina” dalam ruang Motherboard, iaitu kod nama untuk cipset Snapdragon 888.

Galaxy S21 FE dijangka akan dilengkapi skrin AMOLED 6.4 inci dan sistem kamera yang serupa dengan Galaxy S21 asal. Ia juga dijangka untuk dilancar pada bulan Ogos bersama Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 bagi menggantikan ketiadaan siri Galaxy Note pada tahun ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version